SMU (A) NAHDATUL ULUM
SEJARAH SEKOLAH
Pada tahun 1978 terbinalah satu bangunan dua tingkat diatas sebidang tanah seluas kurang satu ekar, tanah tersebut telah diawakaf oleh dua orang penduduk tempatan.
Usaha membangun bagunan itu hasil daripada sokongan beberapa pihak termaksuklah bantuan kerajaan negeri dan derma bakti dari orang ramai.
Bangunan tersegam itu diberi nama sekolah menengah ugama (Arab) Nahdatul Ulum Jeli. Beralamat Jalan Jeli Dabong, Bandar Jeli 17600 Jeli Kelantan.
Sekolah itu telah diasaskan oleh seorang guru perantau iaitu saudara Sulaiman bin Senik, diwaktu itu beliau sedang berkhidmat disekolah Kebangsaan Jeli.
Sekolah itu telah diasaskan oleh seorang guru perantau iaitu saudara Sulaiman bin Senik, diwaktu itu beliau sedang berkhidmat disekolah Kebangsaan Jeli.
Sekolah itu diambil oleh Jabatan Sekolah – Sekolah Ugama Negeri Kelantan (JASA) pada 1 Mac 1979 yang mana sessi pengajiannya bermula dengan kelas peralihan hingga tingkatan 1.
Jumlah pelajar yang sedang belajar ialah seramai lima puluh (50) orang dengan tenaga pengajar lima orang. Manakala guru besar diterajui oleh seorang guru bernama Mohd Zahari bin Mahmod.
Pentadbiran dan kemajuan sekolah itu telah dibantu oleh Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibu/ Bapa yang dipenguruasikan oleh Allah Yarham Muhammad bin Hussin.
Bangunan lama sekolah itu mempunyai tiga blok bangunan, sebuah kantin, sebuah musala, sebuah asrama dan sebuah rumah guru yang sudah tidak digunakan kerana telah berpindah ke lokasi baru .
Adapun sessi pengajian sekolah itu pada masa sekarang bermula dari Tingkatan satu sehingga Tingkatan lima dengan jumlah pelajar seramai satu ratus empat puluh orang dan tenaga pengajar seramai sebelas orang.
No comments:
Post a Comment