KUIZ MATEMATIK DAN SAINS
Pada hari khamis 12 April 2018M
bersamaan 25 Rejab 1439H,telah berlangsung pertandingan kuiz matematik dan
sains bagi peringkat zon 8 yang bertempat di dewan Al-Ghazali Smu(a)Nahdatul Ulum Jeli.
Pertandingan tersebut dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Bin Ibrahim
yang merupakan pengetua bagi Sekolah Menengah Ugama( Arab) Nahdatul Ulum Jeli.Terdapat
empat buah sekolah yang mengambil bahagian dalam acara itu antaranya ialah
Mahaad Raudhah An Nazirin,Smu(a) Kandek,Smu(a) Ad Diniah Batu Melintang dan Smu(a) Nahdatul Ulum Jeli.
TENTATIF ACARA KUIZ MATEMATIK DAN SAINS
8.00pg:ketibaan dif jemputan dan peserta
:Pendaftaran
8.30pg:Ucapan Pengerusi Majlis
:Ucapan perasmian oleh:
Al-Fadhil Us Hj Abd Hadi B Ibrahim(mudir)
9.00pg:Taklimat Ketua Juruacara Kuiz
:Pertandingan Kuiz Bermula
11.00pg:Majlis berhenti rehat
11.30pg:Majlis disambung semula
12.30tgh:Pengumuman Keputusan
:Penyampaian Hadiah
1.00ptg:Majlis bersurai
setinggi tinggi syukur dan puji bagi allah setinggi tingginya.
terima kasih kepada semua yang terlibat menjakan Majlis Pertandingan Kuiz Matematik Dan Sains 2018 (15 tahun ke bawah) Terutama Pengurus Sekolah.Guru-guru dan kaki tangan sekolah,guru pengiring,peserta dan pelajar-pelajar yang telah menyumbang tenaga bagi memastikan perjalanan Majlis Pertandingan Kuiz kali ini bagi berjalan lancar.semoga usaha ini mendapat rahmat dari allah swt.
No comments:
Post a Comment